LOGO MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR

LOGO MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR

Wednesday 13 June 2012

PROGRAM JELAJAH MAK YONG


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dibawah kelolaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Johor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru telahpun mengadakan siri Jelajah  Mak Yong oleh Kumpualn Kijang Emas JKKN pada 13 - 17 Jun 2012, di dalam program ini juga telah diadakan bengkel Mak Yong yang telah dikendalikan oleh Jurulatih terkenal dan Pengiat Mak Yong iaitu Saudara Rosnan Nordin dan beberapa jurulatih-jurulatih dari JKKN dengan melibatkan aktivis seni budaya Negeri Johor yang antaranya dari Kelab Kesenian Jabatan, Sekolah Seni Johor Bahru, Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru (Unit Produksi Majlis Teater Negeri (MTN) Johor), Kumpulan Tari Aliff dan ramai lagi. Pementasan Puteri Jerijit Emas pula akan dipentaskan di Auditorium JOTIC Johor Bahru pada 16 Jun 2012 pada jam 8.30 malam dan masuk adalah percuma. 

Friday 1 June 2012

LAGU RASMI MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR

Budaya Cerminan Bangsa
Khazanah Paling Berharga
Dibina dipelihara
Warisan warga merdeka

Majlis Kebudayaan Negeri
Wawasan pucuk pimpinan
Menjana jati diri
Bangsa unggul maju terbilang

Warga Negeri Johor
Sudah lama tersohor
Berjuang dan memajukan
Budaya cerminan bangsa

Majlis Kebudayaan Negeri
Menjunjung cita yang murni
Pelopor gerak bestari
Demi untuk budaya pertiwi

(Ulang kesemua rangkap)

CIPTAAN : 
Lagu : TUAN HAJI OMAR TAIB
Lirik :  TUAN HAJI ZAM ISMAIL

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR PERTAMA TAHUN 2012

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Pertama bagi tahun 2012 telahpun diadakan pada 1 hingga 2 Jun 2012 bertempat di Tangjung Piai Resort, Pontian, Johor. Mesyuarat yang telah dipengerusikan Oleh YB. Puan Hajah Asiah binti Md. Ariff selaku Yang Di Pertua Majlis Kebudayaan Negeri Johor telah membincangkan pekara-perkara yang berkaitan dengan program-program Kesenian dan Kebudayaan Negeri Johor serta beberapa isu-isu telah dibincangkan bersama-sama Jawatankuasa yang lain. antara jawatankuasa yang hadir ialah:-
1.   YB. Puan Hajjah Asiah bin Md.Ariff - Yang Di Pertua
2.   YB. Dato' Haji Othman bin Jais - Timbalan Yang Di Pertua
3.   YB. Datuk Ariss bin Samsudin - Naib Yang Di Pertua II
4.   Tuan Haji Muhamad Fuad bin Haji Radzuan - Setiausaha Kehormat
5.   Encik Abdul Hamid bin Haji Mohamed - Penolong Setiausaha Kehormat
6.   Tuan Haji Abu Bakar bin Samat - Bendahari Kehormat
7.   Encik Mohd Hidayat bin Mohd Nor - Setiausaha Kerja
8.   Tuan Haji Yunus bin Hj. Md. Ari - Ahli Jawatankuasa
9.   Encik Yunos bin Haji Abu Bakar - Ahli Jawatankuasa
10. YB. Datuk Haji Abdul Aziz bin Haji Sapian - Ahli Jawatankuasa
11. Tuan Haji Meraj@Mohamed bin Hj. A.Jalal - Ahli Jawatankuasa
12. En. Mohd Razif bin Haji Adnan - Ahli Jawatankuasa
13. Tuan Haji Ali Badron bin Sabor - Ahli Jawatankuasa
14. YB. Datuk Haji Harun bin Abdullah - Ahli Jawatankuasa
15. Puan Hajah Rosnah bin Abd. Jalil - Ahli Jawatankuasa
16. Tuan Haji Masduki bin Jarkasi - Ahli Jawatankuasa
17. Encik Amiruddin bin Md. Ali Hanafiah - Ahli Jawatankuasa
18. Puan Hajjah Shamsiah Rashidah binti Hj. Ibrahim - Ahli Jawatankuasa
19. YB. Dato' Haji Mohd. Rahsidi bin Haji Mohd. Noor - Ahli Jawatankuasa
20. YB. Encik Tan Cher Puk - Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatnkuasa Yang Tidak Hadir dengan maaf

1. Y.Bhg. Datin Hajah Khatijah binti Md. Som - Naib Yang Di Pertua I
2. YB. Murukasvary a/p S. Khanarajan - Ahli Jawatankuasa

Tuesday 29 May 2012

SENARAI YANG DIPERTUA MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR


YB. DATO’  SALLEH BIN HAJI TAHIR
1982 – 1983

YB. DATO’ HAJI ABD. RAHMAN BIN MAHMUD
1983 – 1985

YB. TUAN HAJI ALI BI HASSAN
1985 – 1987

YB. ENCIK MOHD YASSIN BIN KAMRI
1990 – 1991

YB. ENCIK HASHIM BIN ISMAIL
1994 – 1995

YB. DATO’ DR. ABD. LATIF BIN HAJI AHMAD
1996 – 2000

YB. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
2000 – 2008

YB. PUAN HAJJAH ASIAH BINTI MD. ARIFF
2008 - KINI

Monday 28 May 2012

JAWATANKUASA MAJLIS KEBUDAYAAN NEGERI JOHOR 2010/2012

Penaung:
Y.A.B DATO‘ HAJI ABD. GHANI BIN OTHMAN
Menteri Besar Johor

Yang Dipertua:
Y.B PUAN HAJAH ASIAH BTE MD. ARIFF
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,
Kebudayaan,  Kesenian & Warisan Negeri Johor

Timbalan Yang Dipertua:
Y.B DATUK HAJI OTHMAN BIN JAIS 
Timbalan Speaker Dewan Negeri Johor

Naib Yang Dipertua 1:
Y.BHG DATIN HAJAH KHATIJAH BTE MD. SOM
Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial Majlis Kebudyaaan Negeri Johor
                                                       
Naib Yang Dipertua 2:
Y.B DATUK HAJI ARISS BIN SAMSUDDIN
ADUN Kawasan Semerah
    
Setiausaha Kehormat:
TUAN HAJI MUHAMAD FUAD BIN HAJI RADZUAN
Pengarah Yayasan Warisan Johor

Pen. Setiausaha Kehormat:
ENCIK ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMED
Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Johor

Bendahari Kehormat:
TUAN HAJI BAKAR BIN SAMAT 
Pegawai IKLAS, Yayasan Warisan Johor
                                           
Setiausaha Kerja:
ENCIK MOHD HIDAYAT BIN MOHD NOR

Ahli Jawatankuasa:                 
TUAN HAJI YUNOS BIN HAJI MD. ARI
Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru

ENCIK YUNOS BIN HAJI ABU BAKAR         
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Johor
                         
Y.B DATUK HAJI ABD. AZIZ BIN HAJI SAPIAN     
ADUN Kawasan Gelang Patah

TUAN HAJI MERAJ @ MOHAMED BIN HAJI A. JALAL     
Yang Di Pertua Majlis Teater Negeri Johor
Yang Di Pertua Persatuan Pemulihan Banduan Negeri Johor (DPAS)

  ENCIK MOHD RAZIF BIN HAJI ADNAN                  
Setiausaha Majlis Teater Negeri Johor
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru

TUAN HAJI ALI BADRON BIN SABOR         
Tokoh Warisan Orang Hidup 

Y.B DATUK HAJI HARUN BIN ABDULLAH
ADUN Kawasan Tanjung Surat Kota Tinggi
                             
PUAN HAJAH ROSNAH BIN ABDUL JALIL
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru
                                         
TUAN HAJI MASDUKI BIN JARKASI
Bekas Penghulu Chaah, Segamat
                             
ENCIK AMIRUDDIN BIN MD. ALI HANAFIAH
Pengerusi 1 Persatuan Penulis Negeri Johor
                       
PUAN HAJAH SHAMSIAH RASHIDAH BINTI HAJI IBRAHIM    
Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat

Y.B DATO’ HAJI MOHD RASHIDI BIN HAJI MOHD NOOR
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor
                   
ENCIK RUSDI BIN ABDUL RAHMAN
Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Y.B DATUK HAJI SAMSOL BARI BIN JAMALI        
ADUN Kawasan Semarang
                       
PUAN RABI’AHTULADAWYAH BINTI MD. SALEH
Mahasiswa Akademi Seni Budaya dan Warisan Malaysia (ASWARA)

Y.B ENCIK TAN CHER PUK     
ADUN Kawasan Johor Jaya
                             
Y.B PUAN MURUKASVARY a/p S.TANARAJAN     
ADUN Kawasan Tenggaroh, Kota Tinggi

Pemeriksa Kira-kira
ENCIK ELIAS BIN ISMAIL
Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Batu Pahat

TUAN HAJI ISMAIL BIN MAT TAIB
Setiausaha Persatuan Pelayang Negeri  Johor


Matlamat Penubuhan



Menggalak, mengembang dan memajukan kebudayaan melalui penyelidikan latihan, pesta, pertandingan, seminar dan kemudahan-kemudahan yang cukup kepentingan dan kemajuan kebudayaan di seluruh negeri.

Merancang dan menyelaras projek-projek dan aktiviti kebudayaan dalam Negeri Johor.

Menimbangkan perkara-perkara berhubung dengan kesenian dan kebudayaan yang mendatangkan kebajikan dan faedah kepada ahli dan masyarakat.

Mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan-tujuan Majlis daripada Agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan.

Bergiat dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada persatuan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapat oleh persatuan ini hasil daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji kepada sebarang ahli atau pekerja-pekerja persatuan ini.